
DR. ENGINE OIL
PAKAR MINYAK PELINCIR ANDA
Jenama Malaysia
​
Minyak ini di formulakan khas oleh anak anak malaysia berpengalaman luas di dalam bidang bidang lubricasi di Malaysia.Kualitinya terbukti keberkesanannya dan terjual di seluruh dunia.
Di Malaysia, pemasaran secara agresif ke dalam segmen runcit dan merupakan penyokong kuat aktiviti sukan motorsport. Sebagai pengiktirafan produk yang berkualiti tinggi, cemerlang dan tersendiri.
Kami menghasilkan pelincir untuk pelbagai aplikasi termasuk minyak motor & pelincir khusus lain.mempunyai rangkaian pengedar, peniaga dan pelanggan yang luas bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di 40 negara di seluruh dunia.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​




Awas Minyak Hitam Yang Anda Tuang?
BEBERAPA PERKARA UTAMA PADA LABEL MINYAK PELINCIR
-
Pastikan label menunjukkan kegunaan pelincir tersebut, sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau kedua-duanya.
-
Jenis/Gred - Mineral, Semi Sintetik atau Sintetik.
-
Kelikatan - Kod awalan SAE dan disusuli digit. Contohnya: 10w-40, atau 20w-50.
-
Spesifikasi - Klasifikasi servis dan pengiktirafan OEM. Kebiasaannya dalam bentuk dua digit awalan S(*) dan juga JASO M(*).
​
Kegunaan minyak pelincir sangat mudah dibezakan kerana rata-rata label pada botol akan tertera ilustrasi atau grafik jentera yang bersesuaian.
​
Antara sebab anda tidak boleh guna minyak pelincir kenderaan lain adalah perbezaan operasi enjin setiap jenis kenderaan tersebut.
Contohnya, kereta biasa beroperasi pada ligatan atau rev enjin 2,000rpm - 4,000rpm, manakala motosikal pula memiliki rev lebih tinggi sekitar 6,000rpm - 8,000rpm. Justeru, formula minyak pelincir berbeza.
​
Bukan setakat jenis kenderaan, konfigurasi enjin kenderaan itu juga memainkan peranan penting. Kebanyakan minyak pelincir motosikal di pasaran dikhususkan untuk jentera 4-lejang jenis klac basah, manakala sebahagian kecil motosikal menggunakan minyak pelincir 2T untuk enjin 2-lejang dan minyak pelincir khas untuk skuter automatik (akan dijelaskan di bawah).